
Secara tulusnya, aku masih tidak mampu untuk merungkaikan segala persolan yang sentiasa terbuai-buai dibenakku sendiri.. Jiwaku yang sentiasa berada dalam kekacauan dan berpeleseran teruk ekoran daripada pelbagai konflik yang terus melanda dan memporak-perandakan episod hidupku sentiasa menjadi igauan ngeri yang aku sendiri tidak pernah pasti bilakah semua ini akan berakhir dan terlerai dengan penuh harapan agar akan tiba saat satu penceritaan yang mempunyai noktah terakhir yang sememangnya noktah itu bisa membuatkan hidupku kembali normal dan bebas daripada segala keperitan dan kehancuran.
Sanubariku yang seakan-akan kosong dengan kebahagiaan yang tidak pernah atau tidak mungkin bisa aku kecapi namun ianya juga penuh dengan ranjau yang sentiasa tajam berduri dan sudah pasti akan senantiasa mencucuk-cucuk sehinggakan terhamburlah segala darah merah daripada jasadku. Sememangnya darah merah itu adalah sesuatu yang tidak mungkin akan dapat dilihat dengan mata kasar kerana kehadirannya adalah lahir daripada berbagai-bagai konflik yang tersembunyi disebalik segala penceritaan yang nyata dan hanya diketahui oleh sesetengah insan sahaja.
Hatiku semakin sebak tanpa mengeluarkan walaupun setitis air mata setelah secara tiba-tibanya kepunyaanku yang sentiasa menemaniku ini dan menghiburkan hatiku dikala sepi memainkan sesebuah lagu yang secara mutlaknya telah memberi satu tempias yang tidak dapat aku elakkan sehinggakan jiwaku ini kembali meronta-ronta untuk dibebaskan daripada penjara kayangan yang dipenuhi segala duri yang sangat tajam sehinggakan ianya dapat mengalahkan segala ketajaman duri sembilu yang sememangnya diuar-uarkan oleh semua.
Sehinggakan saat ini, aku akan sentiasa mencuba untuk keluar daripada penjara ini. Akan ku lakukan apa sahaja demi mencapai sesuatu kehidupan yang bebas daripada segala keperitan dan tekanan yang aku pasti seandai ianya tidak diselesaikan, aku akan terus terkapai-kapai bermandikan air mata darah di dalam jasadku sendiri dan aku yakin pasti akan timbul lagi lebih banyak duri-duri pembunuh yang akan terus muncul dan singgah di plot episod kehidupanku. Aku sendiri bingung, aku tidak pernah meminta atau menjemput semua ini untuk hadir dan datang kepadaku, tetapi lihatlah… Semua yang tidak diundang ini bagaikan berlumba-lumba untuk terus hidup bersamaku.
Dari dulu hingga kini, dengan penuh kesedihan dan lemah longlai serta dengan hati yang tidak luhur, terpaksalah aku bangun dan membuka pintu membirkan semuanya masuk dan menganggu. Apalah jua yang dapat ku manfaatkan daripada permasahalaan ini. Biarlah segalanya menjadi memori keperitan yang akan ku simpan sebagai koleksi peribadi dalam setiap slot episod kehidupanku. Sesungguhnya, semua ini akan ku jadikan ikhtibar dan pedoman untuk aku menjalani kehidupan yang lebih matang dan sempurna pada hari-hari yang bakal menjelang.
amboi bert...1st time icha baco pasal ni blog bert nih..huh...kata2 indah jugak bahasa ek..
ReplyDelete:P
hahaha..
ReplyDeletesj jah tls puah dk sj.
thanx sb sudi bc n follow blog bert ye..
huhu~