27 February 2010

700 in poetical of inkheart



Yes! I’m definitely and absolutely a cruel person! I would be cruel, fiendish and rough on person who cruel towards me. There’s no compromise and persuasion and even blamelessly and forgiveness when everything were cross the line and outrageous!

Di sebalik kenyataan dan kelibat khusus pada dasar zahir dan lumrahnya, aku memang kelihatan seperti seorang insan biasa yang agak lemah dan senang untuk dipijak serta dipujuk-pujuk untuk dipermainkan dan diambil segala kesempatan yang ada. Ye, aku mengaku yang aku memang lemah. Aku memang tidak suka untuk marah-marah. Aku memang mudah untuk memaafkan dan melupakan segala kekejaman yang telah dilakukan terhadap aku.

Namun, setiap sesuatu perkara yang tersemadi dan wujud di dunia yang sementara ini dan mungkin bagi sesetengah manusia yang terlalu teruja dibuai keasyikan halunan dan rona-rona kehidupan menganggap dunia ini adalah segala dan selama-lamanya, ada batasnya yang bisa mengundang segala kebinasaan dan keporak-perandaan sekiranya batas itu telah hancur berhamburan ekoran daripada campuran titisan nafsu kekejaman dan lupa akan tuhan yang mencipta segala-galanya.
Secara klimaksnya, kau memang betul-betul telah mencabar tahap kesabaran yang aku ada.
Sekali dua ko nak tipu aku, memang aku terpedaya. Untuk kali yang seterusnya, mungkin badan kau terbelah dua.

Sesungguhnya aku hanya makhluk ciptaan ilahi yang kecil di mata penciptaku dan aku sememangnya tidak mampu untuk mengubah segala sifat-sifat yang terkandung dalam diriku yang secara semula jadinya telah wujud di dalam noktah pengabdian di dalam jasadku. Siapa lah aku untuk menyangkal dan mencuba untuk membias serta menceramukkan segala ketentuan yang telah ditakdirkan untuk diriku. Biarlah aku tetap terus menjadi aku. Biarpun seluruh segenap orang yang mengenali keperibadianku mengetahui yang kebenaran secara puitisnya bahawa aku adalah manusia yang tidak sempurna.

Akan terus aku mencuba untuk bertaut ke arah yang lebih selesa agar selepas ini aku akan bebas daripada segala kekejaman yang sentiasa menjadi teman hidupku yang aku sendiri tidak pernah meredhai kehadirannya. Sekali lagi aku berharapan seperti sebelum-sebelum ini, semoga selepas ini aku bisa mengorak langkah untuk menjalani hidup yang lebih selesa berintonasikan kebahagian dan berpaksikan kesempurnaan yang sememangnya sudah lama aku impikannya.

LA



Ye… sekali lagi aku menyusul menerusi alam kayangan teknologi blog yang penuh dengan kepalsuan kehidupan, pengekpresian hati dan keperibadian yang tidak tenteram dan ada sahaja konflik yang menceramukkan keadaan serta penjajaan publisiti yang mungkin dipasarkan dengan harga yang murah, berpatutan atau mahal? Erm… tiada yang pasti setakat ini untuk merungkai segala kebenaran dan apa yang berlaku secara realitinya.
Agak sudah lama laa aku tak post blog. Malas lah. Bukan tak de cerita yang nak tulis tapi macam malas nak jual minyak kat sini. Bukan laku pun. Sape la sangat nak baca penulisan bodoh aku ni. Aku bukanya artis, orang terkenal and even peminat pun tak de. Hemh…

Setakat nak tulis untuk lepaskan perasaan bole laa…

Nak cakap pasal bengang, aku memang bengang dengan seorang manusia yang suka kelentong and tipu aku. Tak pe, bia dulu. Kita tengok ye, sampai bila dia bole survive dengan pengkelentongan dan pendustaan dia tu. Jangan sampai one day badan kau masuk dalam kubur dulu sebelum roh kau keluar daripada jasad kau ye. Ingat.

Pasal lover. Hahahaa.. Issue sensitive ni. Party in the LA.. tak pe la, setakat ni bia la aku dan dia je yang tau. And if u baca blog ni, 1 je I nak u ingat, “I’ll always loving u” hehe.. I miss and excited to spend a night under moonlight once again with u.

Ok lah. That’s all. Bye…

13 February 2010

Dryness


Untuk perutusan kata hati dan luahan diari peribadiku kali ini, sesungguhnya aku tidak sanggup lagi melakarkan sesuatu yang terlalu terbuka dan bisa menyemarakkan emosi serta menyentuh sensitiviti peribadi seseorang.

Biarpun aku tidak pernah menyatakan secara terang-terangan tentang insan manakah yang telah mengguris dan meleburkan hatiku yang sudah sekian lama telah terluka dan tidak pernah sembuh sepenuhnya kerana setiap detik dan ketika pasti ada sahaja duri yang datang mencucuk sanubari dan menghamburkan segala emosi yang tidak pernah berhenti untuk tidak bercelaru namun tiada yang dapat aku ungkapkan melainkan setiap luahanku di sini pasti ada sahaja yang tidak berpuas hati dan menyatakan bahawa aku seorang yang tidak professional.

Mampos lah!!! Ni blog aku! Suka hati aku laa nak tulis ape pun. Yang kau sebok kenapa? Dah tak suka tak payah la nak menyebok baca. Bodoh!

Hah… Kan da dapat bodoh. Mesti taching lagi lepas ni.. Bye….

Di babak persimpangan yang meluhur serta membangkitkan jiwa pemikiran yang diklasifikasikan sebagai termenung dan berpuitis serta berdramatis sendirian di benak hati apabila jiwa telah bercelaru ekoran daripada diporak perandakan oleh pelbagai konflik yang tidak pernah putus melanda episod kehidupanku ini, aku merasakan bahawa diriku ini tidak pernah serik untuk menyesali sesuatu kejadian yang pernah berlaku sebelum ini yang secara jelasnya setiap musibah yang jatuh menerpaku itu adalah bertunjangkan diskriminasi, penganiayaan, penyeksaan jiwa dan perampasan segenap kesempatan yang ada. Dan aku masih seperti itu. Masih lurus. Masih di bawah. Masih cepat memaafkan. Masih cepat melupakan sesuatu kekejaman yang telah merosakkan hidupku sendiri. Dan yang paling pasti, aku masih tidak dapat berlaku adil untuk diri sendiri kerana sering menjaga hati orang yang akhirnya memakan diri sendiri berikutan daripada pencurian kesempatan yang telah aku buka tanpa aku sedari. Aku menyatakan seperti ini bukanlah untuk mendongak ke atas agar hidungku kelihatan lebih tinggi tetapi inilah hakikatnya. Inilah sebenarnya apa yang telah terjadi semenjak dari dahulu lagi. Permasaalahan ini tidak mungkin akan pernah selesai seandainya……. Aku tiada jawapan yang pasti untuk merungkaikan persoalan yang sering ku fikirkan ini. Demi untuk menyedapkan hati, tidak mengapalah.. Mungkin suatu hari nanti segalanya akan terlerai dan selesai. Penungguan untuk hari itu bakal mengajar aku erti kesabaran dan dalam proses penantian itu, pasti akan muncul lagi duri-duri lain yang datang berpakejkan racun dan bisa yang akan menusuk kalbu sehingga memungkinkan aku tenggelam hanyut kelemasan dalam kolam racun yang akhirnya menyebabkan aku jatuh dan hidup di dunia yang seterusnya.

Mungkin setiap insan yang membaca penulisan ku ini akan menyampah dan meluat dengan tutur kata dan ayat-ayat ku yang sememangnya sangat salah dan tidak pernah tepat seandainya diperiksa dan dibandingkan dengan bahasa melayu yang betul. Namun aku tidak peduli kerana ini adalah luahan hatiku dan tidak berkait dengan apa-apa pun. Aku hanya berpuitis mengikut apa yang dibisikkan ditelingaku bertunjangkan isi hatiku sendiri.

Sebelum aku mengundur diri, aku masih lagi berstatus dryness. Ya. Dryness!
Memang entah apa-apa tetapi ia memberi sejuta maksud bagiku. Hanya beberapa orang yang rapat mengatauinya. Dan kepada insan yang turut berdramatis dengan episode dryness ku ini, aku memohon agar engkau mengerti. Hulurkanlah biarpun setitik air kepadaku agar aku tidak kekeringan lagi. Kekeringan yang mengelilingi episod kehidupanku pada ketika ini sudah pun hampir seminggu lebih usianya. Hanya tuhan yang tahu betapa seksanya hidup berstatuskan dryness.

Plup plup… Hahaha…

07 February 2010

The Poetical of Conscious and Got Wise to Guiltiness

Terasa bagaikan kebuilan dan kebodohan digaul dan diayak bersama dalam satu adunan yang jarang sekali dibuat untuk dipasarkan dan seterusnya disebatikan lagi dengan sedikit perasaan malu yang mungkin dibuat dengan penuh harapan agar adunan tersebut menjadi laris apabila dipasaran dan akhirnya bisa dikomersialkan apabila tulisan yang telah diexpresikan sebelum ni dibaca oleh orang lain dan diperli? Herm… Xpe, ignore jer!

Kenapa? Kelakar sangat ke? Ke tergugat? Ke makan dalam? Ke sangat berpuitis dan amat penuhi dengan pengertian yang bisa merungkai dan merombakkan segala persoalan dan ketidakfahaman yang mungkin sudah agak lama tidak terjawab dan sudah lama dicari-cari penyelesaiannya tetapi malangnya sehinggakan hari ini ianya masih terbuku di lubuk rahsia sanubari yang mungkin tidak akan pernah terlerai dan seterusnya akan terus terkubur abadi selama-lamanya… Siapa tahu kan…

Berkongsikan pengalaman peribadi dengan seseorang yang boleh dipercayai dan sememangnya kita sudah sedia maklum tentang sejauh mana tahap amanah dan kesetiaannya mungkin adalah perkara yang sudah menjadi lumrah dan biasa bagi setiap insan yang ada di muka bumi yang penuh dengan misteri yang mungkin sememangnya tidak akan pernah terlerai tentang persoalan misteri itu dan sememangnya akan berhamburanlah segala persoalannya apabila hari terakhir tiba dan pada masa itulah seluruh dan segalanya sudah berakhir dan lenyap. Namun, berkongsi pengalaman peribadi dengan seseorang yang kita tidak mengetahui sepenuhnya tentang kehidupan dan keperibadiannya mungkin hanya bakal menimbulkan masalah yang boleh merosakkan diri kita sendiri yang akhirnya hanya akan melahirkan serta membangkitkan seribu penyesalan dalam sanubari yang pada masa itu adalah sudah terlambat untuk kembali memperbetulkannya. Berfikirlah dengan matang untuk menentukan sesuatu keputusan walaupun perkara yang perlu diputuskan itu adalah ringan dan remeh dan cubalah untuk berfikir sedalam-dalamnya dan semasak-masaknya sebelum bertindak dan melakukan sesuatu agar ianya tidak menimbulkan sebarang konflik dan masalah pada hari seterusnya yang bakal menjelang dan akan ditempuhi seandainya umur masih panjang dan diri ini masih wujud di dunia realiti dan mungkin dianggap fantasi bagi sesetengah manusia yang suka berhalusinasi dan tidak pernah cuba untuk berpijak dan bertaut di bumi yang nyata.

Diketika umur masih ada, disaat jasad masih bernyawa, dan diwaktu mulut masih bisa melafazkan kata-kata dan juga anggota badan lain masih lagi dapat berfungsi dengan sepenuhnya, dan dipersimpangan dan perhentian masa yang mungkin masih sempat untuk kita bersuara dan melakukan apa-apa jua dan mungkin juga masa sudah suntuk berkejarkan hari terakhir dan pembalasan yang secara zahirnya menandakan hari itu sudah semakin hampir dengan kita semua dan pada masa yang sama ia menunjukkan pelbagai tanda bahawa ianya bakal menjelang tidak lama lagi. Bertaubatlah dan tinggalkanlah segala yang dimurkaiNya…