01 August 2010

Kekeliruan, Kekesalan dan Kesengsaraan dalam Plot Keinsafan serta Memohon Penyelesaian

Setelah untuk seketika aku bebas dan berehat dari segala kehampaan dan kekecewaan ekoran pelbagai konflik emosi yang melanda sanubari, untuk saat ini, semenjak ini, aku dilema sekali lagi.


Dilema hanya kerana kebodohan dan kealpaanku sendiri yang tidak pernah serik dikhianati dan dibuli. Sesungguhnya aku sukar untuk mengerti tentang diriku sendiri. Apa yang tersirat di hati ini? Apa yang sebenarnya terjadi? Apa yang harus aku lakukan untuk menyelesaikan segala masalah yang aku hadapi ini? Adakah aku harus mendukung dan memegang beban yang aku hadapi ini sehingga akhir hayat nanti? Adakah semua ini tiada episod penghujungnya yang mungkin akan terus menghantui emosi dan jiwaku untuk selama-lamanya sehinggakan aku akan mati? Dan jasad terkubur bersama-sama emosi yang masih tidak stabil walaupun jasad telah dikebumikan dan hati masih berlarutan sengsara di alam yang tidak nyata dan sesungguhnya permasahalaan ini masih membuai-buai emosi dan tidak akan pernah selesai tatkala roh berterbangan mencari jalan penyelesaian yang tuntasnya tidak pernah pasti.

Ya! Memang tidak pernah pasti dan mungkin akan selama-lamanya tidak akan pernah pasti kerana kebodohan diriku yang tidak pernah serik dan cuba untuk belajar dari pengalaman dulu.
Hakikatnya, sia-sia sahaja berpegangkan falsafah yang konon-kononnya akan memberikan aku seribu pengajaran dan pedoman dalam hidup. (Jadikan pengalaman sebaik-baik guru)

Erghhh, Tak payah nak berfalsafah sangat la bert! Ko tu memang bodoh. Cakap je, tapi hati dan kelakuan tetap sama. Tak pernah serik. Pastu sedih. Padan lah muka kau!

Ohhhh… I’m still waiting for a miracle. Please come into my life. I need you… I couldn’t breathe smoothly until all of these fuckin’ problem resolved.

Wakkklluuuu miracle! Ko ingat ni fairy tale? Tak payah, jangan la berangan sangat la. Cukup-cukup lah tu..


Dipersimpangan yang tidak ada petunjuk yang bisa memberi sebarang idea untuk melangkah kearah yang menjernihkan dan kepastian, aku terus melangkah dan mencuba sedaya upaya walaupun secara tulus dan jujurnya aku mengaku, aku sudah tidak bermaya dan mampu untuk mencuba lagi melepaskan diri dari ikatan gelungan api merah menyala yang sentiasa membelit susuk tubuhku sehinggakan aku setiap masa terkapai-kapai dan meronta-ronta keseorangan di atas padang pasir yang panas terik bagaikan sang mentari hanya berada sejengkal denganku dan sememangnya padang pasir gurun itu kering kontang tanpa sebarang hidupan. Ohh, aku sangat terseksa jiwa, batin dan raga.

Sehingga saat ini, aku masih tidak berpuas hati dengan diri sendiri, terasa ingin sahaja aku menusuk jantungku menggunakan pisau yang tajam namun aku masih lagi waras dan masih bisa bersabar dan berpijak di bumi yang nyata. Kenapa dari dulu hingga kini aku masih berada di takuk yang lama? Kenapa aku masih tidak mampu untuk belajar dari pengalaman yang secara jelasnya telah banyak memberi pengalaman berguna kepadaku sebelum ini? Kenapa aku hanya insaf untuk sementara? Aku akan kembali bertaut di dahan pokok yang penuh dengan kerengga yang sememangnya akan menggigit seandainya aku menghampiri mereka. Kenapa aku tidak bertaut di dahan pokok yang bersih dan bebas dari kerengga? Kenapa?

Mungkin aku terkandas serta rebah di atas tanah gersang di bumi yang penuh dengan misteri ini kerana aku lalai dangan keasyikan duniawi yang sememangnya penuh dek hasutan dan godaan iblis yang sesungguhnya mereka akan terus dan sentiasa mencuba tanpa pernah berputus asa untuk menyesatkan keturunan adam dan hawa agar mereka bisa mengheret golongan manusia untuk berpesta bersama mereka beramai-ramai di dalam api neraka jahanam. Ohh, aku tidak sanggup. Ya Allah..ampunilah setiap dosaku, jauhilah aku daripada hasutan iblis dan jauhilah jua aku dari api nerakamu.

Dan pada saat ini, aku hanya mampu berdoa memohon keampunan daripadaNya. Mungkin semua ini terus membakar tubuhku hanya kerana aku jarang untuk menunaikan suruhanNya. Aku memang seorang manusia yang cepat alpa ekoran daripada pelbagai pengaruh yang menyesatkan. Ironinya, aku hanyalah seorang insan yang lemah dan sentiasa kalah dengan hasutan dan godaan iblis walaupun aku sentiasa mencuba untuk melawan namun aku akan terkandas dan kalah jua akhirnya. Insan yang lemah dan tidak sempurna sepertiku ini akan sentiasa dan selamanya tertindas dan dikecewakan serta menjadi mangsa keaadaan.

Pangkalnya, aku akan terus mencuba untuk membebaskan diri daripada segala keperitan dan kesengsaraan ini agar aku bisa menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Ya, kehidupan yang sempurna, itulah satu-satunya harapan dan keinginan yang selalu aku damba dan impikan yang entah bila akan menjelma di dalam plot episod kehidupanku ini! Walaupun aku sedar bahawa aku adalah seorang lelaki yang tidak sempurna dan akan senantiasa mengendong berbagai-bagai kelemahan. Tapi aku tidak akan pernah berhenti berharap dan mencuba. Aku akan terus mengorak langkah menuju ke puncak kebahagian dan kesempurnaan yang telah lama aku inginkan.


Sesungguhnya aku memohon kepadamu ya Allah, tuhan ku yang maha pengasih dan pengampun. Aku memohon keampunanmu ya Allah diatas setiap dosa yang telah aku lakukan selama ini. Aku memohon agar engkau memberikanku petunjuk supaya aku dapat menyelesaikan semua masalah yang aku hadapi sekarang ini. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaanmu ini ya Allah. Kuatkanlah iman dan taqwaku, teguhkanlah pendirianku. Berikanlah aku kesempurnaan hidup yang sudah lama aku dambakan. Sesunguhnya hanyalah kepadamu untuk aku memohon dan beserah. Kau lah tuhanku yang maha pemurah, maha pengasih lagi maha penyayang. Amin…

6 comments:

  1. nape ni???jgn salahkan diri sndri...if u wan ur miracle it will come 1 day..dilema cinta??..u yg sendri mrumit kn..if u love her..just get it n said it..don be so coward la...if i yg jd phalang..i akn mgalah n let u go..i tarik diri dlm complikasi u ni..k..byk kn bdoa..sorry...

    ReplyDelete
  2. ert..small matter...jangan mengalah..ape nih..come on guys...just enjoy the life...u nak ketawa terbahak2 sampai kuar airmate x???bace blog i..ngehahahaha...chill dude...jangan jadikan kesilapan sekarang penghalang untuk kite bahagye pada mase akan datang..u mude lagy dude...

    ReplyDelete