18 September 2010

Mia sayang!..




Hye korang… Rindu nye kat korang! Erghh…

Saje je nak tulis yang bert rindu la kat mia, fad.. Ohh, rindu sangat. Bila la kite nak pegi bercuti kat cherating lagi ek. Nabil, ifa, faris, eh eh mane korang?

Rindunye… hahahaa..

Next sem, mia dah takde. Hurm..tak bes dah kan! Taj sunyi tanpa mia, karaoke yang kt teruntum pn same. heee..

Apapun, bert tetap sayang mia… Rindunye kt dia. Hoho.. Ye lah, dah banyak sangat kenangan indah bersama mia, kan fad? Mane tak nye, lagi lagi mase pegi becuti kt cherating hari tu. Fuh… Memang bes. Kan korang kan?

Lagi satu yang mase pg kl. Wah… tak kan lupa WRH sampai bila bila okeh. ICT, The Curve, Sunway Pyramid, Bandar Tasik Selatan, Pekeliling, Bukit Bintang, hah, ape lagi??? Menang banyak sangat kenangan bersama mia tersayang tau! Hahaa..

Kalau kat kuantan ni, tempat2 yang jadi port dengan mia ofcoz la Taj spv, Mcd tc, kedai sebelah teratak, shisa! then ape lg??? hoho..

Ok lah, tu je.. Saje je nak rewind balik kenangan kenangan bersama mia ni. Next sem dia dah takde kan. Sedih lah… harap2 dia tak lupakan orang2 yang rindu dan sayang dia sangat2 ni. Hehe…



Awak, saya mintak maaf!


Blog ini ditulis dan ditujukan khas buat seorang insan yang entah di manakah keberadaannya disaat aku melakarkan sebuah penulisan yang bertunjangkan isi hati dan luahan peribadi yang penuh dengan seribu harapan agar dia bisa memaafkan setiap kekhilafanku terhadapnya pada suatu ketika yang lalu.

Hatiku tersentak secara tiba-tiba apabila dia menghamburkan ayat-ayat yang penuh dengan bara api amarah yang bisa menggugat kedudukanku yang sememangnya sentiasa tergugat ekoran pelbagai konflik dan pengaruh yang aku sendiri tidak pasti apakah motif dan dimanakah tunjang dan akar bagi setiap konspirasi yang berlaku ini.
Walaupun ianya hanya sekadar terhambur daripada sesuatu yang mungkin bisa dianggap tidak ada apa-apa kepentingan namun aku tidak boleh menganggapnya sekadar dipinggiran kerana sebuah perhubungan yang tulus dan suci yang telah lama terbina tidak harus terlerai dan terpisah serta lenyap begitu sahaja hanya kerana keegoan dan kealpaan insan itu sendiri.

Aku tidak mahu dan tidak suka untuk merayu-rayu agar dia kembali kepangkuanku, tidak akan sekali-kali aku menitiskan air mata demi menyimpul dan mengikat kembali sebuah perhubungan yang telah putus serta tidak akan aku mencuba untuk memekarkan semula sekuntum bunga yang telah layu dan rebah tersungkur di permukaan bumi.
Melainkan. Segala apa yang telah terjadi memang adalah kerana aku.
Namun, aku adalah seorang insan yang tidak suka untuk membiarkan segalanya ini berakhir dengan epilog yang berelegikan sepi bagi pihaknya kerana aku tidak mahu dianggap sebagai seorang insan yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri.

Menerusi penulisan ini, aku harap kau bisa memaafkanku andai aku pernah menyakitimu. Lenyapkanlah keegoan yang bermaharajalela di benak hatimu kerana aku yakin ia hanya bisa membunuh hubungan baik kita. Tak kan sesekali aku melupakanmu kerana engkau adalah insan terbaik yang pernah muncul di dalam episod kehidupanku. Aku berharap agar kita akan kembali mesra seperti dahulu. Biarlah kini, aku bahagia bersamanya dan aku akan doakan kebahagianmu bersamanya.