19 August 2010

Hati Terbakar


Aku geram!
Sumpah aku rasa terbakar gila babi weh. Rasa hangus dan bau hangit. Sumpah weh! Adoii.. Ape nak jadi la dengan budak budak kurang hajar sangat zaman sekarang ni. Aku tak penah nak kacau hidup kau sebelum ni, aku tak penah menyebok pasal kau sebelum ni. Aku tak penah nak ambik port langsung pasal ape yang ko buat sebelum ni. Ko tak puasa, ko hisap rokok dalam toilet mase sume umat islam tengah berpuasa! Ko ambik ni, ko main ni, ko buat ni, ko buat tu.. ada aku kesah? Ada aku sebok? Aku buat dek je kan? Lagipun ko tu sape je yang aku nak ambik kesah sangat? Kimak r kau. Sumpah aku cakap weh. Yang ko nak sebok sangat pasal aku kenapa? Ape yang ko tak puas hati sangat gile? Kalau ikotkan hati rasa macam nak bangun dan tumbuk je muka kau tu mase kat audi! Motif nak batu api, hauk2 aku bagai. Penah ke aku buat cmtu kat ko? Ko tak payah nak bajet bagus sangat la. Ko tau tak ramai yang tak suka kau sebab perangai pukimak kau tu? Orang luar tak payah cakap la, budak rumah sendiri pun dah rinse ngn ko. Pegi mati la weh. Dasar gila kuasa! Kalau aku nak sebut satu satu yang pasal aku menyampah gila babi ngan ko, memang tak r. Tak de keje la aku nak tambah dosa sebab mencarut kat ko. Ni pun hah? Free free je aku dapat dosa sebab kau! Ish.. sumpah aku cakap aku benci gila babi dengan kau. Cilap aku r pindah rumah. Bye!

01 August 2010

Kekeliruan, Kekesalan dan Kesengsaraan dalam Plot Keinsafan serta Memohon Penyelesaian

Setelah untuk seketika aku bebas dan berehat dari segala kehampaan dan kekecewaan ekoran pelbagai konflik emosi yang melanda sanubari, untuk saat ini, semenjak ini, aku dilema sekali lagi.


Dilema hanya kerana kebodohan dan kealpaanku sendiri yang tidak pernah serik dikhianati dan dibuli. Sesungguhnya aku sukar untuk mengerti tentang diriku sendiri. Apa yang tersirat di hati ini? Apa yang sebenarnya terjadi? Apa yang harus aku lakukan untuk menyelesaikan segala masalah yang aku hadapi ini? Adakah aku harus mendukung dan memegang beban yang aku hadapi ini sehingga akhir hayat nanti? Adakah semua ini tiada episod penghujungnya yang mungkin akan terus menghantui emosi dan jiwaku untuk selama-lamanya sehinggakan aku akan mati? Dan jasad terkubur bersama-sama emosi yang masih tidak stabil walaupun jasad telah dikebumikan dan hati masih berlarutan sengsara di alam yang tidak nyata dan sesungguhnya permasahalaan ini masih membuai-buai emosi dan tidak akan pernah selesai tatkala roh berterbangan mencari jalan penyelesaian yang tuntasnya tidak pernah pasti.

Ya! Memang tidak pernah pasti dan mungkin akan selama-lamanya tidak akan pernah pasti kerana kebodohan diriku yang tidak pernah serik dan cuba untuk belajar dari pengalaman dulu.
Hakikatnya, sia-sia sahaja berpegangkan falsafah yang konon-kononnya akan memberikan aku seribu pengajaran dan pedoman dalam hidup. (Jadikan pengalaman sebaik-baik guru)

Erghhh, Tak payah nak berfalsafah sangat la bert! Ko tu memang bodoh. Cakap je, tapi hati dan kelakuan tetap sama. Tak pernah serik. Pastu sedih. Padan lah muka kau!

Ohhhh… I’m still waiting for a miracle. Please come into my life. I need you… I couldn’t breathe smoothly until all of these fuckin’ problem resolved.

Wakkklluuuu miracle! Ko ingat ni fairy tale? Tak payah, jangan la berangan sangat la. Cukup-cukup lah tu..


Dipersimpangan yang tidak ada petunjuk yang bisa memberi sebarang idea untuk melangkah kearah yang menjernihkan dan kepastian, aku terus melangkah dan mencuba sedaya upaya walaupun secara tulus dan jujurnya aku mengaku, aku sudah tidak bermaya dan mampu untuk mencuba lagi melepaskan diri dari ikatan gelungan api merah menyala yang sentiasa membelit susuk tubuhku sehinggakan aku setiap masa terkapai-kapai dan meronta-ronta keseorangan di atas padang pasir yang panas terik bagaikan sang mentari hanya berada sejengkal denganku dan sememangnya padang pasir gurun itu kering kontang tanpa sebarang hidupan. Ohh, aku sangat terseksa jiwa, batin dan raga.

Sehingga saat ini, aku masih tidak berpuas hati dengan diri sendiri, terasa ingin sahaja aku menusuk jantungku menggunakan pisau yang tajam namun aku masih lagi waras dan masih bisa bersabar dan berpijak di bumi yang nyata. Kenapa dari dulu hingga kini aku masih berada di takuk yang lama? Kenapa aku masih tidak mampu untuk belajar dari pengalaman yang secara jelasnya telah banyak memberi pengalaman berguna kepadaku sebelum ini? Kenapa aku hanya insaf untuk sementara? Aku akan kembali bertaut di dahan pokok yang penuh dengan kerengga yang sememangnya akan menggigit seandainya aku menghampiri mereka. Kenapa aku tidak bertaut di dahan pokok yang bersih dan bebas dari kerengga? Kenapa?

Mungkin aku terkandas serta rebah di atas tanah gersang di bumi yang penuh dengan misteri ini kerana aku lalai dangan keasyikan duniawi yang sememangnya penuh dek hasutan dan godaan iblis yang sesungguhnya mereka akan terus dan sentiasa mencuba tanpa pernah berputus asa untuk menyesatkan keturunan adam dan hawa agar mereka bisa mengheret golongan manusia untuk berpesta bersama mereka beramai-ramai di dalam api neraka jahanam. Ohh, aku tidak sanggup. Ya Allah..ampunilah setiap dosaku, jauhilah aku daripada hasutan iblis dan jauhilah jua aku dari api nerakamu.

Dan pada saat ini, aku hanya mampu berdoa memohon keampunan daripadaNya. Mungkin semua ini terus membakar tubuhku hanya kerana aku jarang untuk menunaikan suruhanNya. Aku memang seorang manusia yang cepat alpa ekoran daripada pelbagai pengaruh yang menyesatkan. Ironinya, aku hanyalah seorang insan yang lemah dan sentiasa kalah dengan hasutan dan godaan iblis walaupun aku sentiasa mencuba untuk melawan namun aku akan terkandas dan kalah jua akhirnya. Insan yang lemah dan tidak sempurna sepertiku ini akan sentiasa dan selamanya tertindas dan dikecewakan serta menjadi mangsa keaadaan.

Pangkalnya, aku akan terus mencuba untuk membebaskan diri daripada segala keperitan dan kesengsaraan ini agar aku bisa menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Ya, kehidupan yang sempurna, itulah satu-satunya harapan dan keinginan yang selalu aku damba dan impikan yang entah bila akan menjelma di dalam plot episod kehidupanku ini! Walaupun aku sedar bahawa aku adalah seorang lelaki yang tidak sempurna dan akan senantiasa mengendong berbagai-bagai kelemahan. Tapi aku tidak akan pernah berhenti berharap dan mencuba. Aku akan terus mengorak langkah menuju ke puncak kebahagian dan kesempurnaan yang telah lama aku inginkan.


Sesungguhnya aku memohon kepadamu ya Allah, tuhan ku yang maha pengasih dan pengampun. Aku memohon keampunanmu ya Allah diatas setiap dosa yang telah aku lakukan selama ini. Aku memohon agar engkau memberikanku petunjuk supaya aku dapat menyelesaikan semua masalah yang aku hadapi sekarang ini. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaanmu ini ya Allah. Kuatkanlah iman dan taqwaku, teguhkanlah pendirianku. Berikanlah aku kesempurnaan hidup yang sudah lama aku dambakan. Sesunguhnya hanyalah kepadamu untuk aku memohon dan beserah. Kau lah tuhanku yang maha pemurah, maha pengasih lagi maha penyayang. Amin…