
Yes! I’m definitely and absolutely a cruel person! I would be cruel, fiendish and rough on person who cruel towards me. There’s no compromise and persuasion and even blamelessly and forgiveness when everything were cross the line and outrageous!
Di sebalik kenyataan dan kelibat khusus pada dasar zahir dan lumrahnya, aku memang kelihatan seperti seorang insan biasa yang agak lemah dan senang untuk dipijak serta dipujuk-pujuk untuk dipermainkan dan diambil segala kesempatan yang ada. Ye, aku mengaku yang aku memang lemah. Aku memang tidak suka untuk marah-marah. Aku memang mudah untuk memaafkan dan melupakan segala kekejaman yang telah dilakukan terhadap aku.
Namun, setiap sesuatu perkara yang tersemadi dan wujud di dunia yang sementara ini dan mungkin bagi sesetengah manusia yang terlalu teruja dibuai keasyikan halunan dan rona-rona kehidupan menganggap dunia ini adalah segala dan selama-lamanya, ada batasnya yang bisa mengundang segala kebinasaan dan keporak-perandaan sekiranya batas itu telah hancur berhamburan ekoran daripada campuran titisan nafsu kekejaman dan lupa akan tuhan yang mencipta segala-galanya.
Secara klimaksnya, kau memang betul-betul telah mencabar tahap kesabaran yang aku ada.
Sekali dua ko nak tipu aku, memang aku terpedaya. Untuk kali yang seterusnya, mungkin badan kau terbelah dua.
Sesungguhnya aku hanya makhluk ciptaan ilahi yang kecil di mata penciptaku dan aku sememangnya tidak mampu untuk mengubah segala sifat-sifat yang terkandung dalam diriku yang secara semula jadinya telah wujud di dalam noktah pengabdian di dalam jasadku. Siapa lah aku untuk menyangkal dan mencuba untuk membias serta menceramukkan segala ketentuan yang telah ditakdirkan untuk diriku. Biarlah aku tetap terus menjadi aku. Biarpun seluruh segenap orang yang mengenali keperibadianku mengetahui yang kebenaran secara puitisnya bahawa aku adalah manusia yang tidak sempurna.
Akan terus aku mencuba untuk bertaut ke arah yang lebih selesa agar selepas ini aku akan bebas daripada segala kekejaman yang sentiasa menjadi teman hidupku yang aku sendiri tidak pernah meredhai kehadirannya. Sekali lagi aku berharapan seperti sebelum-sebelum ini, semoga selepas ini aku bisa mengorak langkah untuk menjalani hidup yang lebih selesa berintonasikan kebahagian dan berpaksikan kesempurnaan yang sememangnya sudah lama aku impikannya.
No comments:
Post a Comment