Seseorang yang berusaha untuk menjatuhkan orang lain
mungkin berjaya dengan hasil usaha dan penat lelahnya untuk mencapai tujuan dan
niat buruk yang disasarkannya namun Allah itu maha Adil. Perlu diingat,
kebenaran akan sentiasa berada di pihak orang yang benar. Tidak mustahil orang
yang menjatuhkan orang lain itu akan
tersungkur jatuh jua akhirnya bersama hati busuk yang dipapahnya.
Kebenaran akan sentiasa terbukti. Kebenaran akan
sentiasa berpimpingan bersama sama orang yang benar. Malah mungkin ia benci
kepada anasir yang sentiasa cuba untuk melemparkan fitnah kepada orang yang
tidak bersalah. Jangan takut, kebenaran akan mencerahkan kembali langit yang
telah diperhitamkan oleh mereka. Mungkin hari ini langit masih gelap, sabar.
Sama sama lah kita berdoa agar langit kembali cerah pada hari esok.
Hidup yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran
yang secara halusnya mengajar kita erti sebenar tentang bagaimana untuk menanam
sifat sabar di dalam diri dan seterusnya akan membuatkan kita faham tentang apakah
maksud sebenarnya erti perkataan hidup, dan seharusnya kita tidak mensia sia
kan segala apa yang telah kita lalui.
Masalah adalah sesuatu yang sering dan sedaya upaya
kita mencuba untuk menghindar daripada mereka. Tetapi sedarkah kita bahawa
merekalah sebenarnya guru yang merupakan sebaik-baik contoh yang secara
mendalamnya mereka mengajar kita erti untuk bertahan, bersabar, berusaha dan yang
paling penting, mereka mencurahkan sejuta pengalaman yang sangat berharga yang
mungkin bisa kita gunakan untuk menempuh cabaran yang bakal mengundang pada
hari esok.
Hidup yang penuh dengan kekusutan dan iri hati serta
saling membenci. Itulah apa yang sering terjadi. Ingatlah, kita harus tahu dan
yakin tentang arah mana yang hendak kita tuju. Jangan terpengaruh dengan
pelbagai bisikan yang bisa menjunamkan kita ke dalam api. Sebaiknya cubalah
membuka mata dan hati agar kita mampu menilai sendiri yang mana susu dan yang
mana air basuhan beras. Sekali kita tersalah pilih mungkin akibatnya harus kita
papah sehingga mati. Cubalah untuk melompat ke dalam himpunan air dan bukan ke
dalam kelompok api.
Tidak ada bukti untuk menentukan sesuatu dengan
sebetul-betul dan setepat-tepatnya. Tidak ada kata yang bisa meyakinkan dengan
sepenuhnya. Tidak ada insan yang bisa menentukan semuanya. Hanya Allah yang
maha Esa, Dialah segala-galanya.

Biar Allah mengadili semuanya...
ReplyDelete